Kuasa dan tanggungjawab media serta keperluan untuk kepelbagaian media ditekankan oleh seorang wartawan Indonesia ketika berkongsi pengalamannya dalam melaporkan konflik persaudaraan antara penganut Kristian dan Islam di kawasan Maluku.
Insany Syahbarwaty, yang mengetuai Pusat Media Maluku, menceritakan kepada forum anjuran Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia bagaimana media berubah daripada reaktif kepada proaktif dalam menyelesaikan konflik itu dengan mengamalkan kewartawanan keamanan (peace journalism) setelah wartawan daripada kedua-dua agama bertemu dan menyedari peranan mereka dalam menggertakkan konflik tersebut.
Pertelingkahan itu yang berlangsung dari tahun 1999 ke 2002 sehingga mengakibatkan 50,000 kematian merupakan saat paling gelap kepada Insany sebagai seorang wartawan, katanya kepada hadirin seramai lebih 60 orang di forum 8 Mei bertajuk “Membina Keamanan Antara Komuniti” yang diadakan di Kuala Lumpur sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.
“Konflik itu menyulitkan kami dalam menjalankan tugas secara profesional. Konflik memuncak dan menyebabkan pemisahan kawasan antara Kristian dan Islam. Sebagai orang Islam, saya hanya meliputi ‘kawasan Islam’. [Begitu juga dengan wartawan Kristian yang terhad kepada ‘kawasan Kristian’.] Kami kesulitan melakukan akses kerana nyawa. Jika anda Islam, anda pergi ke ‘kawasan Kristian’, otomatis leher anda dipotong,” katanya, sambil menambah bahawa begitu juga sebaliknya bagi orang Kristian di ‘wilayah Islam’.Beberapa teman-temannya terkorban kerana cuba menjalankan tugas mereka secara profesional, kata Insany, yang tidak dapat menahan air mata dan kesedihannya tatkala mengingat kembali kematian sahabatnya.
Insany juga menceritakan pergolakan dalaman yang dihadapinya antara kepercayaan agamanya dan tanggungjawab profesionalnya. Media juga tertekan dan diintimidasi komuniti agama masing-masing yang mahukan butiran keganasan, terutamanya siapa pelakunya.
Sebelum pertelingkahan itu, Ambon mempunyai hanya satu media di mana pekerjanya berbilang agama, dan ia terletak dalam kawasan Kristian. Tetapi kerana pembahagiaan kawasan mengikut agama yang berlaku ketika konflik, media berpecah dan bertapak di kawasan mengikut agama masing-masing. Pemisahan media mengikut etnik turut memburukkan keadaan. Wartawan membuat liputan berdasarkan sumber daripada pihak agama sendiri dan tidak menghiraukan pihak lain. Wartawan juga mula hilang kepercayaan sesama sendiri kerana agama masing-masing.
Akibatnya ialah pemberitaan balas-membalas antara kedua-dua pihak yang cetek atau hanya menekankan butiran keganasan yang menyemarakkan lagi keadaan.
Mengingati satu peristiwa sebegini, Insany kembali terharu.
“Satu salahfaham dalam sebuah kampung menyebabkan ia diserang oleh puak Islam. Seorang pemuda mati ditetak. Kerana satu berita itu sahaja, yang disebar melalui mulut, keganasan berlaku di Maluku Utara di mana dalam seketika sahaja 20,000 orang dibunuh dan gereja-geraja dibakar.”
Mujurlah Aliansi Jurnalis Independen (AJI) melihat bahawa wartawan di Maluku perlu diselamatkan, kata Insany, dan menjemput wartawan daripada kedua-dua pihak untuk berjumpa di Bogor pada tahun 2001, di mana mereka berdebat mengenai media sebagai punca utama pertelingkahan berterusan.
Hasil daripada pertemuan itu, lahirlah Pusat Media Maluku sebagai ‘Rumah Bersama’ di mana wartawan dari pelbagai agama berkumpul dan berbincang mengenai laporan berita masing-masing dan memberi perspektif yang diperlukan sebelum ia diwartakan.
“Jika kita mahu, kita boleh membuat media meneruskan konflik atau memberhentikannya. Apa yang kita mahu boleh berhasil. Dan kita mahu keamanan. Perlahan-lahan, dengan banyak kesukaran, kita berjaya. Kita menulis fakta yang menonjolkan aspek kemanusiaan, dan kualitatif bukannya kuantitatif. Intimidasi dan tekanan komuniti masih berlaku, tetapi kita teruskan usaha kami, sebagaimana yang dilatih oleh AJI dalam bengkel kewartawanan keamanan,” katanya.Pengalaman Insany juga diceritakan oleh seorang lagi ahli panel dalam forum tersebut, Prangtip Daoreung, wartawan ‘freelance’ yang pernah membuat kajian mengenai konflik di Acheh dan selatan Thailand.
“Wartawan sudah proaktif jauh sebelum kerajaan berusaha untuk mendamaikan komuniti. Media masih dibebankan untuk menjaga keamanan. Kerana sehingga hari ini kawasan-kawasan kami dipisahkan oleh agama. Ia bagai api dalam sekam kalau kita tidak menjaganya.”
Prangtip, yang juga merupakan Felo Intelektual Awam Asia, berkata media sering terperangkap antara kepentingan golongan berkuasa dan desakan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik sehingga menyukarkan lagi elemen kewartawanan asas seperti menyemak fakta menjadi perkara. Di selatan Thailand, misalnya, fakta yang disampaikan kepada wartawan kerap diputarbelit oleh puncanya.
“Cabaran bagi wartawan dalam melaporkan konflik adalah untuk menjauhkan diri daripada pelbagai desakan dan menyedari bahawa laporan mereka boleh mengapi-apikan isu atau menyumbang kepada kebencian,” katanya.
Tambahnya lagi, adalah penting untuk menempatkan fakta dalam konteks dan memberi suara kepada pelbagai kumpulan, dan untuk melalukan ini seorang wartawan perlu bekerjasama dengan wartawan yang mempunyai latarbelakang yang berbeza nescaya semua memahami konteks tempatan dan secara keseluruhannya supaya mereka dapat bersama-sama menetapkan standard pemberitaan.
Di Malaysia pula, walaupun keadaan di sini aman secara bandingan, ke media dalam menyoal norma-norma boleh mendalamkan jurang perkauman, kata ahli panel ketiga, Jacqueline Ann Surin, yang merupakan editor dan pengasas bersama The Nut Graph.
“Adakah relevan memberitakan butiran seperti ras, agama dan gender setiap kali? Kenapa 13 Mei sering menjadi rujukan tetapi bukan pula tahun-tahun yang aman sebelum dan selepasnya?Prof. Dr Mustafa K. Anuar, pensyarah komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata wartawan perlu proaktif dalam menggalakkan pemahaman antara komuniti ketika berlakunya konflik.
“Mungkin ketiadaan evaluasi (reflection), dan bukannya kewujudan kawalan, yang merupakan punca tiadanya berita yang menekankan pengalaman bersama dan kebersamaan,” kata Jacqueline.
“Media harus memberi suara kepada pihak yang cuba mewujudkan keamanan, dan bukan setakat melaporkan butiran konflik atau apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa. Amat tidak mencukupi dan berbahaya jika keganasan sahaja yang ditekankan, dan bukan akar penyebab konflik,” katanya.Pengalaman media Maluku memberi pengajaran yang pedih tetapi penting. Ketika konflik bermula, mereka hanya bagaikan cermin yang keganasan di keliling mereka tanpa memikir mengenainya secara mendalam dan oleh itu mengeruhkan lagi keadaan itu.
Kini, media mengambil peranan kewartawanan aktivis. Mereka mendidik masyarakat mengenai keperluan untuk keamanan dan cara mempertahankannya. Reformasi media berlaku dari segi profesional – melalui latihan kewartawanan keamanan yang dijalankan oleh AJI– dan dari segi struktur – dengan adanya persekitaran media yang plural dalam bilik berita serta dalam industri. Kini, wartawan daripada pelbagai agama bekerja di semua media, yang berjumlah 54 suratkhabar, 32 stesyen radio, lima stesyen television tempatan dan empat media dalam talian.
Forum berakhir dengan pelancaran laporan tahunan CIJ mengenai kebebasan bersuara di Malaysia bagi tahun 2009. Pegawai Eksekutif CIJ Masjaliza Hamzah, yang menjadi moderator forum, menyampaikan laporan tersebut kepada ahli panel.
Kuasa dan tanggungjawab media serta keperluan untuk kepelbagaian media ditekankan king size velvet bed sheet , double bed mattress protector , oleh seorang wartawan Indonesia ketika berkongsi pengalamannya dalam melaporkan konflik persaudaraan antara penganut Kristian dan Islam di kawasan Maluku.
ReplyDelete